Friday, March 1, 2013

OSTEMATRIX LAGI..

Kali ni nak menyingkap rahsia di sebalik kalsium dan magnesium yang terkandung dlm Ostematrix ni..
Sebagai mana yang kita sedia maklum, kalsium adalah nutrien utk tulang yang sihat..
Tapi masih ramai lagi yang mengabaikan tentang nutrisi ini..
Ia hanya akan disedari tatkala diri yang semakin dimamah usia..

Manesium pulak, mcm mana?

Berapa ramai yang sedar bahawa kalsium dan magnesium umpama rakan karib?


Secara ringkasnya, kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mencegah osteoporosis (tulang reput), membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. 

Sebahagian besar daripada kalsium dalam badan terkandung di tulang dan gigi. Sejumlah kecil didapati dalam aliran darah bagi membawa nutrien memasuki membran sel selain menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan metabolisme. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot. 

Kalsium perlu sentiasa berada dalam aliran darah bagi membolehkan ia menjalankan tugasnya. Jika paras kalsium dalam darah tidak mencukupi, tubuh akan mengambil kalsium daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis. 

Bagi golongan dewasa, keperluan harian adalah antara 1000 ke 1200 mg kalsium. Keperluan akan meningkat bagi golongan tertentu seperti wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak serta warga tua

Badan akan menyerap kalsium secara maksimum sebelum seseorang itu berumur 35 tahun. Bagaimanapun, beberapa kajian mendapati bahawa individu berusia 65 tahun ke atas yang mengambil makanan tambahan kalsium dan makanan yang kaya dengan kalsium dapat mengurangkan risiko keretakan tulang dan mampu mengekalkan kesihatan tulang yang baik. 

Bagaimana pula dengan magnesium? Secara purata, jumlah simpanan magnesium dalam badan seseorang ialah kira-kira 28mg di mana sebahagian besarnya terkandung dalam tulang, diikuti dengan otot dan sejumlah kecil dalam tisu lembut dan cecair badan. 

Walaupun sedikit, magnesium terbabit dalam pelbagai fungsi tubuh yang penting. Secara umumnya, magnesium mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah, melegakan masalah sindrom pra haid, membantu mencegah komplikasi diabetes dan membantu penggunaan kalsium yang berkesan. 

Paras magnesium dalam badan mudah berkurangan akibat faktor seperti tekanan, aktiviti fizikal yang lasak dan pengambilan sesetengah jenis ubat.

 Dengan itu, pengambilan makanan tambahan sangat digalakkan

Saya pengedar Shaklee yang sah,
NURSHIDATUL FARHANA
id no : 924587
012-2919727
fb : humairak_farhana@yahoo.com



No comments:

Post a Comment