Tuesday, October 28, 2014

SUSU BADAN KURANG?????






Majoriti ibu yang baru bersalin mengeluh kerana ketiadaan susu badan. 
Walaupun bayi anda menyusu dengan kerap, tetapi bayi masih lagi meragam.
Bayi anda akan kerap terjaga dan menyuakan muka ke badan anda.
Tentu sekali ibu-ibu berasa sedih dan kadang kala terasa "down" dan seterusnya mencari jalan penyelesaian untuk memberikan bayi ibu yang baru seminggu lahir akan susu formula.

No!
Perut bayi anda masih belum matang dan susu formula memerlukan usus bayi ibu-ibu bekerja keras untuk mencernakannya.
Berbeza dengan susu ibu yang mudah untuk dicernakan, sekaligus menjadikan bayi ibu-ibu lebih selesa dan mesra dengan anda.

Tentu sekali anda mahu menyusukan bayi anda secara ekslusif dan kemudian meneruskan penyusuan badan sehingga bayi anda berumur 2 tahun.

Beberapa tips untuk ibu-ibu yang sedang hamil dan semasa menyusukan bayi :

Sepanjang kehamilan :

~ Pastikan ibu-ibu mengambil makanan yang berkhasiat sepanjang kehamilan.
~ Sentiasa berfikiran positif.
~ Sentiasa bersedia untuk menyusukan bayi anda sebaik sahaja dia dilahirkan.
~ Sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat.
~ Pastikan ibu dan bayi mendapat nutrisi yang mencukupi sepanjang kehamilan.
~ Amalkan makanan tambahan atau supplemen bagi menampung keperluan harian badan anda dan bayi.

Selepas bersalin dan menyusukan bayi :

~ Sentiasa bersedia untuk menyusukan bayi anda sebaik sahaja dia lahir.
~ Susu awal ibu atau kolostrum amat bagus untuk bayi bagi percernaannya dan sistem imun badan bayi.
~ Menyusukan bayi anda sekerap mungkin. ( kebiasaannya 2 jam sekali )
~ Mengepam susu badan setengah jam selepas bayi menyusu ataupun setelah bayi anda kenyang.
~ Minta sokongan suami dan orang sekeliling.
~ Minta tunjuk ajar daripada pakar laktasi untuk cara penyusuan dan pelekapan mulut bayi yang betul.
~ Mendapatkan rehat yang secukupnya supaya badan boleh ber"energy" dalam penghasilan susu badan.
~ Mengamalkan makanan tambahan atau supplemen bagi menampung keperluan badan ibu semasa berpantang menyusukan dalam diet harian anda.

SET KEHAMILAN, SEMASA BERPANTANG DAN PENYUSUAN