Thursday, November 13, 2014

APA ITU DHA DI DALAM MINYAK IKAN????


DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. Ini bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan anda. Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat DHA dari susu yang diberi oleh ibunya. Sumber utamanya didapati dalam bentuk pemakanan.

60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat.

Sumber utama
Sumber utama DHA ialah dari ikan laut dalam. DHA dan EPA membentuk Omega-3.
Sumber utama DHA lain termasuklah telur dan daging. DHA adalah bahan aktif minyak ikan. DHA dalam badan mungkin ditukar menjadi EPA.

Kebaikan utama DHA
Kebaikan utama dari pengambilan DHA ialah :
bullet
pertumbuhan otak yang cergas. Oleh itu ia penting dalam proses pembelajaran.
bullet
pertumbuhan retina mata (penglihatan) yang baik.
bullet
pertumbuhan saraf-saraf yang baik.

Kelebihan-kelebihan lain DHA
Kelebihan lain DHA dan minyak ikan (Omega-3 iaitu kombinasi DHA + EPA) ialah :
bullet
mengurangkan triglycerides (lemak).
bullet
mengurangkan risiko sakit jantung dan saluran darah tersumbat.
bullet
menurangkan risiko tekanan darah tinggi.
bullet
mengurangkan risiko tekanan perasaan (depression) dan alzheimer.
bullet
mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit lain seperti kencing manis dan arthritis (sakit sendi).


Pengambilan DHA oleh ibu mengandung atau kanak-kanak yang sedang membesar didapati dapat membantu dalam proses pembelajaran mereka. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi DHA mungkin lebih bijak. WHO dan British Nutrition Foundation menyarankan pengambilan DHA sebanyak 20mg bagi setiap kilogram berat bayi anda. Untuk bayi yang tidak cukup bulan WHO menyarankan 40mg/kg pengambilan DHA.



Dapatkan konsultasi percuma daripada saya,

Pengedar shaklee anda,
Farhana Ariffin
012-2919727


No comments:

Post a Comment